
Khatan
SIAPA KATA PENGALAMAN KHATAN PERLU MENJADI MENAKUTKAN?
Pengalaman khatan yang lain daripada yang lain — selesa, selamat & penuh ketenangan.

MATLAMAT KAMI: BERI PEACE OF MIND UNTUK IBU BAPA, DAN PENGALAMAN POSITIF UNTUK ANAK-ANAK
KEPERCAYAAN & PENGALAMAN DOKTOR
Pasukan doktor lelaki kami telah mengendalikan ratusan kes sejak 2012.
Setiap prosedur dijalankan dengan kaedah moden (Laser, Clamp, Stapler) mengikut kesesuaian anak.

APA KATA PESAKIT KAMI
PESERTA KHATAN SEBELUM INI
PILIHAN PAKEJ
-
Khatan Laser Pakej Lekir
Original price was: RM219.00.RM199.00Current price is: RM199.00. -
Khatan Laser Pakej Jebat
Original price was: RM259.00.RM219.00Current price is: RM219.00. -
Khatan Laser Pakej Tuah
Original price was: RM349.00.RM299.00Current price is: RM299.00.


FAQ’S
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa lama prosedur sunat berlangsung?
Biasanya singkat, sekitar 15–30 minit bergantung kepada umur dan keadaan. Termasuk masa penerangan & rehat, keseluruhan lawatan boleh ambil 1–2 jam sahaja.
Adakah sunat menyakitkan?
Kami utamakan keselesaan. Doktor akan gunakan kaedah analgesia/bius yang sesuai dengan umur. Anak mungkin rasa sedikit tidak selesa selepas prosedur, tetapi kebiasaannya boleh dikawal dengan ubat tahan sakit.
Bolehkah ibu bapa menemani anak semasa sunat?
Ya. Klinik Munir menyediakan bilik khas mesra keluarga (Family Suite). Ibu bapa boleh berada di sisi anak untuk memberi sokongan sepanjang prosedur.
Anak saya takut, apa yang boleh membantu?
Kami lakukan pra-pemeriksaan dahulu supaya anak kenal doktor & bilik. Bilik sunat juga dilengkapi TV/PS4 untuk alih perhatian. Doktor akan terangkan langkah demi langkah dengan cara mudah difahami.
Bila anak boleh mandi semula?
Kami lakukan pra-pemeriksaan dahulu supaya anak kenal doktor & bilik. Bilik sunat juga dilengkapi TV/PS4 untuk alih perhatian. Doktor akan terangkan langkah demi langkah dengan cara mudah difahami.
Kaedah apa yang digunakan di Klinik Munir?
Doktor akan memilih kaedah paling sesuai (contoh: clamp, laser atau konvensional) berdasarkan umur, anatomi, dan kesihatan umum anak. Semua kaedah dilakukan mengikut standard klinikal.
Berapa lama masa untuk sembuh sepenuhnya?
Kebiasaannya 7–14 hari. Kanak-kanak biasanya sembuh lebih cepat berbanding dewasa. Dengan penjagaan yang betul, luka akan pulih tanpa masalah.
Apa yang termasuk dalam pakej sunat Klinik Munir?
Pra-pemeriksaan, prosedur sunat, aftercare kit, surat cuti sekolah, serta satu panggilan susulan. Add-ons seperti sijil sunat atau set dressing tambahan juga disediakan.
Apa perlu dibawa semasa datang ke klinik?
Kad pengenalan/MyKid anak, pakaian longgar, dan pastikan anak sudah mandi serta sarapan ringan (jika datang waktu pagi).
Apa perlu dibuat selepas balik ke rumah?
Ikut arahan doktor: ganti balutan ikut jadual, ambil ubat tahan sakit, elak aktiviti lasak, dan pantau tanda jangkitan. Jika ada bengkak melarat, demam, atau bau tidak normal, hubungi kami segera.
Bagaimana jika ada masalah selepas sunat?
Hubungi WhatsApp Klinik Munir (013-7441178). Pasukan kami akan pandu langkah seterusnya atau aturkan lawatan semula jika perlu.

KLINIK MUNIR
Dimiliki Oleh: MO Healthcare Sdn Bhd, 202201036855 (1482552-K)
Quick Links
More Information

+6013 744 1178

06-7759178

mohealthcaresb@gmail.com